Sabtu, 1 Disember 2012

ENTRY TERTUNGGAK

Salam pagi Ahad...dah masuk bulan 12 pun. Sekejap je..pejam celik pejam celik dah dekat setahun.

Bulan Januari yang lalu..terbayang-bayang lagi di ruang mata.....K.Aizah masih ada, dan dia sekeluarga pergi Mesir, kami pulak pergi umrah. Dah hampir setahun rupanya masa berlalu. Terbayang-bayang lagi di ruang mata setahun yang lalu kami main salji.....pergi Amman ke rumah Su Ust. Akramin kengkonon nak menikmati salji..salji tengah turun masa tu....suasananya mcm cerita orang putih yang kita tengok dalam tv tu...cantik sangat...salji tu halus sangat....tempat-tempat yang diselaputi salji yang tebal tu pun cantik sangat. Nikmat dunia yang Allah bagi kami tengok dan rasa selama duduk di Jordan...kat syurga nanti mcm mana le pulak nikmatnya ye? Tentulah berlebih-lebih lagi..tak terbayang di ruang mata. Tak de dalam perancangan, langsung tidur kat rumah Siti En.Anuar (pegawai kat embassy), tu pun setelah jenuh dia orang ajak. Ikutkan aku nak balik Irbid je, maklumlah aku ni pemalu nak tidur kat rumah orang..Itu peristiwa kira-kira setahun yang lalu...musim sejuk yang lalu.....

Minggu lepas sibuk sangat dan asyik pancit je badan ni sampai tak tersempat nak masuk entry. Antara "hari ini dalam sejarah" yang berlaku minggu lepas....

Hari Selasa buat usrah kat rumah Su. Menu masakan kek karamel dan tapai. Siap makan tengah hari lagi kat rumah Su. Yang bestnya ada lauk ikan kering. Antara teknik yang aku tengok Jiha buat kek karamel...dia tak letak gula banyak sangat masa nak buat karamel, jadinya air gulanya tak le meleleh, tapi gulanya tetap sekata. Satu teknik yang bagus ni sebab aku taruk gula punya banyak sampai penuh loyang. Pastu lepas dah jadi kek, meleleh je air gula tu. Tapai pulak...aku tengok gitu-gitu je, Siti yang buat. Aku tak minat sangat tapai. Tapi kalau dah ada aku sental juga le w/pun tak minat sangat. Balik peram dalam hirom. Tak sampai berapa hari, anak-anak aku dah pi buka hirom. Dia orang susun elok-elok dalam kotak, bawa tayang kat aku, tanya, dah boleh makan ke ni?  Aku punya le hangin satu badan....maksudnya tak jadi le tapai tu sebab kena peram. Oh, anak....Penatnya je aku pi menuntut ilmu buat tapai. Eceh ceh.

Hari Rabu aku, hb dan Auni pi ronda-ronda kat balad Amman sambil survey-survey barang yang sesuai nak bawa balik ke M'sia nanti. Anak-anak yang lain pi sekolah kami pi merendek kat sana. Sambil tu pi pekena nasi kabsah kat Restoran Kaherah. Boleh tahan sedap juga le nasi dia, cuma sikit sangat. Cukup untuk aku sorang je. Mr.Hb ambik kebab...nak rasa katanya. Aku rasa seketul daging...alamak bau lembu. Hmmm...tak kena dgn selera aku. Bagi aku kebab kat balad Irbid lagi sedap. Air, minum air mineral cukup...sebab musim sejuk dilarang minum pepsi (undang-undang ni aku buat sendiri utk keluarga aku). Sakit nanti sape susah ? Somi aku juga...kena bazir masa dan duit pi klinik. Ada le beli 2 - 3 helai baju sejuk untuk anak sebab murah sikit dari Irbid. Aku pula beli jubah sehelai sebab murah JD5 je. Corak pun ringkas je, dan yang penting kainnya ok. Ok untuk dipakai kat Jordan dan di M'sia nanti. Rasa-rasa mcm nak pi rembat lagi 2-3 helai jubah yang sama. Hi...hi...Sebelum pergi, dah siap buat tampalan kat dinding rumah listkan mcm-mcm pesanan kat anak-anak aku bila balik sekolah nanti. Mak nak pi bersuka ria, korang duduk jaga rumah ye....bagus punya mak zaman moden ni.

Hari Khamis malam, kami terima kunjungan tetamu dari M'sia, kawan lama suami dari Negeri Sembilan. Ustaz Shafie dan Ustaz Hajat. Kami pernah berjiran dgn Ustaz Hajat. Atif dulu, K.Faridah (zaujah Ustaz Hajat) yang jaga waktu aku pi mengajar. Anak-anak dia pun dah besar, yang sulung dah Form 4. Dulu kecik lagi, baru darjah 2 masa kami duduk berjiran. Ustaz Shafie pulak anak dia ada sorang di Mesir, sorang di sini (baru masuk). Yang dah belajar kat Mesir  tu kalau tak silap aku pernah mengajar. Aku buat nasi kerabu je dan bubur jagung. Nak buat masak lomak, aku bimbang tak seteror orang N9 buat. Takut tak kena dgn selera dia orang je. Nak buat nasi Arab...aku rasa lebih baik makan kedai punya lagi sedap dari aku buat. Lagi pula pada pendapat aku..dia orang dah 2 minggu kat negara Arab, mungkin hari-hari dah makan makanan Arab, tentu jemu. Tu sebab aku buat makanan Melayu. Sebelum ni dia orang pergi Mesir beli kitab. Bila le rezeki aku nak jejakkan kaki kat Mesir ye? Bekas anak murid aku pun ramai kat sana.

Sabtu malam pulak, Su ajak pi rumah dia. Dia jemput beberapa orang tetamu datang. Antaranya Bad Ust.Anhar, cikgu dia masa kat KISAS dulu - Ust. Rasyidah Nor, Adun Selangor - Ust. Solehin. Pohon maaf kat Su sebab aku tak dapat pergi, maklumlah esok paginya anak-anak aku sekolah. Lagi pulak nak imtihan (ujian). Kalau aku pergi, maknanya raya Hindu seronok le dia orang sebab boleh main game bukan dalam waktunya. Fikir-fikir punya fikir punya fikir, tak pelah aku kata tak dapat pergi. Makanya hb aku je pergi. Kira ok le tu, hantar wakil. Mcm tu le..orang ada anak sekolah. Terpaksa korbankan keseronokan sendiri. Eceh..ceh...