Selasa, 27 November 2012

BERITA JENAYAH

Tadi aku buka FB.Nampak berita tentang "Pelajar Disamun Lelaki Arab". Berita ni terbit dlm akhbar Utusan Malaysia kalau tak silap aku. Tapi yg tak silapnya surat khabar kat M'sia le. Aku pun dok fikir-fikir berita yg keluar ni kes yg mana satu ni....ke aku dah ketinggalan keretapi. Berita yg keluar tu pelajar dlm perjalanan dari rumah sewa ke universiti. Kes yg mana satu ni.....

Terbaru yg aku tahu kes pecah masuk rumah pelajar lelaki oleh 5 penyamun Arab bertopeng. 1 laptop berjaya dicuri. Masa tu jam 4 pagi, semua org tengah tidur. Satu kes lagi ialah kes 2 pelajar perempuan kena samun oleh 3 penyamun Arab masa nak pergi rumah persatuan -PUSTEL. Dia org bergelut jugalah. Yg aku nampak dlm gambar tu tangan luka sebab si penyamun ada senjata. Penyamun tu berjaya dpt telefon bimbit.

2-3 hari ni kerap sangat berita jenayah org Arab dok attack student Melayu. Dia org ingat org M'sia yg dtg sini kaya-kaya ke? Kalau nak rompak, rompak le orang Arab teluk, iaitu yg dtg dari negara Kuwait, Oman, Saudi. Dia org memang sah-sah dah kaya, negara minyakkan.....pakai kereta beso-beso. Kami student M'sia ni belanja pun bersukat-sukat, nak pergi mana-mana naik kenderaan awam je. Mana mampu nak beli kereta. Tukaran duit M'sia dengan Jordan tinggi, RM1 = JD 5. Harapnya selepas ni pihak atasan bagi perhatian serius ttg tahap keselamatan student M'sia kat sini.


Isnin, 26 November 2012

DONUT KELEDEK FROZEN

Sekarang musim keledek. Aku pun lupa, musim yang lalu keledek ada musim sejuk ke, musim bunga ke, musim panas ke, musim luruh ke...tak ingat bukan sebab dah tua tapi sebab tak ambil pot sangat masa tu. Yang aku pasti kat Jordan ni, nak makan keledek kena tunggu musim, tak macam M'sia bila-bila masa boleh makan keledek. Aku rasa le, sebab selalu nampak orang jual keledek goreng. Kat Jordan orang Arab panggil batata helw (kentang manis). Aku tak check lagi dia orang makan keledek macam mana. Goreng ke, bakar ke, makan mcm tu saja ke.

Dah jemu buat keledek goreng, aku buat pulak donut keledek. Donut keledek ni pun kebetulan terjumpa resipinya waktu aku search-search dok baca blog orang. Donut keledek memang sedap. Sedap pada tekak aku le...sebab rasanya lemak-lemak manis. T.kasih kepada penyumbang resepi, iaitu K.Nor tuan punya blog masakan yang namanya Secubit Garam. K.Nor ni ada anak dia study kat Jordan - dentistry. Dah grade pun dalam bulan 6 yang lalu. Masa anaknya konvo K.Nor datang ke Jordan, tapi tak tersua muka. Sesapa nak resipi donut keledek ni boleh search blog K.Nor. Taip je secubit garam, pastu korek-korek le resipi kat dalam tu. Macam-macam ada....Aku malas nak taip sebab hentam saja taruk bahan. Asal ada keledek, kira dah ada nama donut keledek le tu.

Sebenarnya masuk malam ni dah 2 kali aku buat donut ni. Sambil-sambil basuh kain, jam 12 am baru siap separa goreng untuk hampir setengah kilo. Buat frozen, senang anak-anak nak bawa bekal ke sekolah. Esok pagi senang goreng balik sekejap, pastu wrapping. Buat apanya membazir plastik nak wrapping? Pada aku supaya nampak nilai-nilai komersialnya makanan Melayu kat Arab ni. Bukan aku nak riak ke, apa ke, tapi sebab  Arab ni selalu perleceh makanan Melayu. Geram aku....Padahal orang Melayu kat Jordan ni tak pernah rasanya dok perleceh makanan dia orang, malah macam mana pun cuba rasa kot-kot kena kat tekak. Kalau tengok mansaf aku rasa tok nenek orang Melayu rasa geli anak tekak nak makan sebabnya nasi makan dgn susu dan yogurt.  Tapi kami kat sini cuba-cuba juga rasa. Dan bagi aku yang tekak (banyaknya tekak) international ni ok je, boleh ngam. Peh...sejak bila le jadi international tu.

Cadangnya juga esok usrah kat rumah Su, kalau tak datang kerajinan nak buat benda lain, aku bantai bawa donut keledek frozen ni le. Nak bagi kawan-kawan aku rasa donut keledek yang aku buat. Ceh...masuk bakul angkat sendiri da.....Mata pun dah nak kuyu ni, stop dulu untuk layan keenakkan baring bawah hirom (selimut tebal) yang beratnya entah berapa kg le  tu.

USRAH KAMI


Peristiwa hari ini: Hari ni  kalau ikut perancangan awal ada usrah@kelas masak-masak kat rumah Su. Tapi batal, chefnya kurang tenaga sejak sehari dua ni. Mujur la chefnya dah siap bagitau awal-awal kurang tenaga bukan sebab dah “berisi”. Hi..hi…Kelas postpone esok hari. Menunya kek karamel dan tapai. Chefnya, Jiha dan Siti.  Jiha buat kek, Siti buat tapai. Aku w/pun dah 3 ke 4 kali  pernah mencuba buat kek karamel, teringin jugalah lagi nak tengok teknik –teknik yg Jiha buat. Kek karamel?....ada sesuatu yg aku rancangkan tentang kek karamel ni tatkala kembalinya  aku ke M’sia nnt. NOTED : KEK KARAMEL (masuk list). Yg pastinya kemahiran perlu selalu digilap supaya hasilnya seperti “emas”. Aku kagum dgn Jiha sbb tangannya masak apa pun menjadi. Cotton soft japanesse cheese cake  masih lagi dihambat kekecewaan kerana hasilnya tak menjadi seperti Jiha buat. Tak pe..tak pe…bak kata orang putih “practice make perfect”.
Ikutkan perancangan juga nak masak nasi impit + kuah lodeh + sambal ikan bilis nak bawa ke rumah Su utk kudapan. Cara nak masak nasi impit aku dapat daripada Su. 

Caranya (rujukan utk aku pada masa-masa akan datang). Seisapa yang duduk luar negara dan tak de nasi impit segera boleh tiru cara ni: 

HOME MADE NASI IMPIT : 

BAHAN : 
1 plastik zip lock (saiz yang aku dan Su saja tahu...ni ayat nak mengena orang ni). Nanti rajin aku tulis saiznya. 
2 1/4 pot nasi beras basmathi. Aku guna jenama Wadi Zahab.
Sedikit garam
Air secukupnya. 

CARA:
- masukkan beras dalam plastik. Lockkan plastik. Staplerkan kat bahagian atas supaya plastik  tak terbuka nanti.
-cucuk-cucuk plastik dgn garfu kira-kira 10 tempat depan belakang. Basuh beras. 
-masuk garam ke dalam periuk. Kemudian, masuk air ke dalam periuk sampai beras tenggelam. Rebus sampai kembang atau nampak rupa memang dah ada rupa nasi impit. Sejukkan dan boleh potong. 
 Alhamdulillah menjadi dan memang ada rupa nasi impit. 

Nampak gaya kawan-kawan usrah aku tak de rezeki hari ni nak merasa nasi impit + kuah lodeh + sambal ikan bilis aku buat. Ceh..macam apa je....Kot terlebih rajin esok tetiba muncul juga menu yang aku rancang ni tak tahu le pulak. Selamat..selamat...dan syok...syok...nasi impit aku menjadi. Tapi aku tak boleh rasa lagi, pandang je dulu sebab pose hari ni. Tunggu jam 5.30 petang baru boleh rasa bila azan Maghrib berkumandang. 

OK, babai.

MUQADDIMAH..


Peribahasa Melayu berbunyi (tak bunyi pun) : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tapi yang aku tahu kat Jordan ni memang ada hujan batu, hujan emas aku tak jumpa lagi. Hi...hi....

Kenapa tetiba datang idea nak memunculkan blog ni? Yg pastinya blog ni aku create semata-mata untuk mencatatkan peristiwa pahit manis aku, suami dan anak-anak  selama berbaki tak sampai 48 bulan berada di bumi Urdun @ Jordan. Tak kiralah apa jua catatan....apa-apa saja yang terbit kat ruang minda aku...masak-masak ke, shopping-shopping ke, jalan-jalan ke, tazkirah ke, bebel-bebel ke. Sebenarnya dari tarikh blog ni didaftarkan, dah tak lama dah nak meninggalkan bumi barakah  ni..lebih kurang setahun ke setahun setengah saja lagi utk aku mengucapkan maas salamah@goodbye@selamat tinggal…huwa…rasa mcm tak sanggup aku nak buat aksi lambaian terakhir kat bumi Urdun ni. Sebabnya aku dah jatuh cinta kat bumi anbiya’ ni. Aku suka di sini. Sebab apa? Sebab ada salji? Sebab ada musim panas, musim sejuk? Sebab senang nak pergi Mekah?  Sebab ada apricot dan naktarin? Sebab ada zaitun dan tin? Sebab ada strawberry besar-besar? Sebab ada maqlubah, mansaf, kabsah dan mandy?  Sebab ada shawerma? Sebab kagum tengok orang Arab yang tak mudah nak tinggal sembahyang? Kat dalam teksi pun tersedia sejadah (berbeza suasana dgn M’sia, oh tanah airku).  

Yg aku tahu salah satu sebab utamanya ialah aku boleh goyang kaki duduk rumah, urus rumah tangga ikut masa aku sendiri, perancangan aku sendiri… tak terikat dgn tekanan waktu dan tak tercungap-cungap waktu  pagi . Di M'sia...jadual aku pagi-pagi mcm ni lah lebih kurang. Bangun paling lewat jam 5 pagi. Sebabnya....nak masak pepagi, nak kemas rumah pepagi,nak urus anak sekolah pepagi, nak hantar anak sana sini pepagi, last sampai sekolah dan punch card dalam keadaan tercungap-cungap,dan mesti sebelum jam 7.15 pagi. Pastu pulak habis waktu kerja, sambung pulak dgn meeting, kelas tambahan dan koku serta segala macam kerja yang siap kena bawak balik ke rumah lagi. Hari Sabtu pulak kerja overtime kat sekolah dan tiada istilah cuti.Yarkkkkk…..Siap sedialah nanti balik M’sia jadual waktu yang menyesakkan nafas kembali berulang…hmmm..alahai bosannya. 

Antara sebab lain aku suka di Jordan ni sebab boleh tarik nafas lega. Bagi aku, anak-anak aku selamat di sini… selamat dari tarikan-tarikan kebejatan sosial. Tak dpt aku bayangkan mcm mana agaknya anak-anak aku nanti bila dah pulang ke M’sia…dalam keadaan aku sibuk dengan kerja dan tanggungjawab aku sendiri. Suami aku pun sibuk kadang-kadang sampai ke malam pun dok buat kerja-kerja pengurusan lagi. Ya Allah, Engkau yg Maha Berkuasa ke atas penciptaan Muhammad Anas, Muhammad Atif, Muhammad Afnan dan Auni Balqis. Dgn kuasa-Mu ya Allah, tutupkanlah pandangan dan mata hati anak-anakku utk sukakan perkara yg dilarang oleh agama-Mu. Semoga anak-anakku sentiasa terdorong utk melakukan amal soleh, dan tetap mengerjakan solat. Amin….

Semoga datang selalu angin rajin untuk update blog ni sampai la aku balik M'sia nanti. 



Ahad, 25 November 2012

HUJAN EMAS

Peribahasa Melayu......hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri....