Isnin, 26 November 2012

DONUT KELEDEK FROZEN

Sekarang musim keledek. Aku pun lupa, musim yang lalu keledek ada musim sejuk ke, musim bunga ke, musim panas ke, musim luruh ke...tak ingat bukan sebab dah tua tapi sebab tak ambil pot sangat masa tu. Yang aku pasti kat Jordan ni, nak makan keledek kena tunggu musim, tak macam M'sia bila-bila masa boleh makan keledek. Aku rasa le, sebab selalu nampak orang jual keledek goreng. Kat Jordan orang Arab panggil batata helw (kentang manis). Aku tak check lagi dia orang makan keledek macam mana. Goreng ke, bakar ke, makan mcm tu saja ke.

Dah jemu buat keledek goreng, aku buat pulak donut keledek. Donut keledek ni pun kebetulan terjumpa resipinya waktu aku search-search dok baca blog orang. Donut keledek memang sedap. Sedap pada tekak aku le...sebab rasanya lemak-lemak manis. T.kasih kepada penyumbang resepi, iaitu K.Nor tuan punya blog masakan yang namanya Secubit Garam. K.Nor ni ada anak dia study kat Jordan - dentistry. Dah grade pun dalam bulan 6 yang lalu. Masa anaknya konvo K.Nor datang ke Jordan, tapi tak tersua muka. Sesapa nak resipi donut keledek ni boleh search blog K.Nor. Taip je secubit garam, pastu korek-korek le resipi kat dalam tu. Macam-macam ada....Aku malas nak taip sebab hentam saja taruk bahan. Asal ada keledek, kira dah ada nama donut keledek le tu.

Sebenarnya masuk malam ni dah 2 kali aku buat donut ni. Sambil-sambil basuh kain, jam 12 am baru siap separa goreng untuk hampir setengah kilo. Buat frozen, senang anak-anak nak bawa bekal ke sekolah. Esok pagi senang goreng balik sekejap, pastu wrapping. Buat apanya membazir plastik nak wrapping? Pada aku supaya nampak nilai-nilai komersialnya makanan Melayu kat Arab ni. Bukan aku nak riak ke, apa ke, tapi sebab  Arab ni selalu perleceh makanan Melayu. Geram aku....Padahal orang Melayu kat Jordan ni tak pernah rasanya dok perleceh makanan dia orang, malah macam mana pun cuba rasa kot-kot kena kat tekak. Kalau tengok mansaf aku rasa tok nenek orang Melayu rasa geli anak tekak nak makan sebabnya nasi makan dgn susu dan yogurt.  Tapi kami kat sini cuba-cuba juga rasa. Dan bagi aku yang tekak (banyaknya tekak) international ni ok je, boleh ngam. Peh...sejak bila le jadi international tu.

Cadangnya juga esok usrah kat rumah Su, kalau tak datang kerajinan nak buat benda lain, aku bantai bawa donut keledek frozen ni le. Nak bagi kawan-kawan aku rasa donut keledek yang aku buat. Ceh...masuk bakul angkat sendiri da.....Mata pun dah nak kuyu ni, stop dulu untuk layan keenakkan baring bawah hirom (selimut tebal) yang beratnya entah berapa kg le  tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan