Isnin, 26 November 2012

MUQADDIMAH..


Peribahasa Melayu berbunyi (tak bunyi pun) : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tapi yang aku tahu kat Jordan ni memang ada hujan batu, hujan emas aku tak jumpa lagi. Hi...hi....

Kenapa tetiba datang idea nak memunculkan blog ni? Yg pastinya blog ni aku create semata-mata untuk mencatatkan peristiwa pahit manis aku, suami dan anak-anak  selama berbaki tak sampai 48 bulan berada di bumi Urdun @ Jordan. Tak kiralah apa jua catatan....apa-apa saja yang terbit kat ruang minda aku...masak-masak ke, shopping-shopping ke, jalan-jalan ke, tazkirah ke, bebel-bebel ke. Sebenarnya dari tarikh blog ni didaftarkan, dah tak lama dah nak meninggalkan bumi barakah  ni..lebih kurang setahun ke setahun setengah saja lagi utk aku mengucapkan maas salamah@goodbye@selamat tinggal…huwa…rasa mcm tak sanggup aku nak buat aksi lambaian terakhir kat bumi Urdun ni. Sebabnya aku dah jatuh cinta kat bumi anbiya’ ni. Aku suka di sini. Sebab apa? Sebab ada salji? Sebab ada musim panas, musim sejuk? Sebab senang nak pergi Mekah?  Sebab ada apricot dan naktarin? Sebab ada zaitun dan tin? Sebab ada strawberry besar-besar? Sebab ada maqlubah, mansaf, kabsah dan mandy?  Sebab ada shawerma? Sebab kagum tengok orang Arab yang tak mudah nak tinggal sembahyang? Kat dalam teksi pun tersedia sejadah (berbeza suasana dgn M’sia, oh tanah airku).  

Yg aku tahu salah satu sebab utamanya ialah aku boleh goyang kaki duduk rumah, urus rumah tangga ikut masa aku sendiri, perancangan aku sendiri… tak terikat dgn tekanan waktu dan tak tercungap-cungap waktu  pagi . Di M'sia...jadual aku pagi-pagi mcm ni lah lebih kurang. Bangun paling lewat jam 5 pagi. Sebabnya....nak masak pepagi, nak kemas rumah pepagi,nak urus anak sekolah pepagi, nak hantar anak sana sini pepagi, last sampai sekolah dan punch card dalam keadaan tercungap-cungap,dan mesti sebelum jam 7.15 pagi. Pastu pulak habis waktu kerja, sambung pulak dgn meeting, kelas tambahan dan koku serta segala macam kerja yang siap kena bawak balik ke rumah lagi. Hari Sabtu pulak kerja overtime kat sekolah dan tiada istilah cuti.Yarkkkkk…..Siap sedialah nanti balik M’sia jadual waktu yang menyesakkan nafas kembali berulang…hmmm..alahai bosannya. 

Antara sebab lain aku suka di Jordan ni sebab boleh tarik nafas lega. Bagi aku, anak-anak aku selamat di sini… selamat dari tarikan-tarikan kebejatan sosial. Tak dpt aku bayangkan mcm mana agaknya anak-anak aku nanti bila dah pulang ke M’sia…dalam keadaan aku sibuk dengan kerja dan tanggungjawab aku sendiri. Suami aku pun sibuk kadang-kadang sampai ke malam pun dok buat kerja-kerja pengurusan lagi. Ya Allah, Engkau yg Maha Berkuasa ke atas penciptaan Muhammad Anas, Muhammad Atif, Muhammad Afnan dan Auni Balqis. Dgn kuasa-Mu ya Allah, tutupkanlah pandangan dan mata hati anak-anakku utk sukakan perkara yg dilarang oleh agama-Mu. Semoga anak-anakku sentiasa terdorong utk melakukan amal soleh, dan tetap mengerjakan solat. Amin….

Semoga datang selalu angin rajin untuk update blog ni sampai la aku balik M'sia nanti. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan